Bismillahillazi layardhuru ma’asmihi syaion filardi wala fissama’i wahuwas sami’un a’lim.
Syukur kepada Allah Subhanahuwa ta’ala dengan limpah kurnia Nya Tuhan sekelian alam, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rhoni, Ya Mughni, Ya Zaljalaliwal ikrom. Syukur kepada Tuhan yang telah melimpahkan Rahman dan Rahim Nya sehingga terealisasi Persatuan Artis Dangdut dan Musisi Indonesia untuk Keluaran Pelancaran ini. Sekalung budi serta setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh anggota keluarga Persatuan Artis Dangdut dan Musisi Indonesia, yang telah berusaha dengan gigih melaksanakan perkembangan seniman dan pemuzik dangdut ini sehingga ke tahap sekarang.
Sebuah santunan yang menggabungkan dua Negara Indonesia dan Malaysia melalui pendekatan pariwisata/pelancongan dan kebudayaan senusantara. Kesinambungan perhubungan yang telah terjalin sejak berabad lamanya sejak ratusan tahun dahulu melalui hubungan kekeluargaan dan kini di era baru melalui hubungan diplomatik bersempadan.
PADMI - Persatuan Artis Dangdut dan Musisi Indonesia boleh dianggap sebuah percubaan berani yang harus di sokong dan diberi pujian kerana ianya membuka satu lembaran baru sebagai cetusan suara, idea, kreativiti serta ketulusan anak bangsa nusantara bertujuan menjadikan ia sebuah platform melalui kekeluargaan nusantara menyampaikan keihklasan mengeratkan jurang persoalan kebuadayaan dan pariwisata/pelancongan dua Negara. Usaha murni ini memerlukan sambutan serta sokongan hebat dari semua pihak termasuk pemerintah kedua-dua Negara, agar tidak tercela dek kerakusan sesetengah pihak yang cuba menjadi penghalang kepada ikatan kekeluargaan kita.
PADMI ini berpotensi untuk dikembangkan keseluruh Asean khususnya dan seluruh dunia amnya melalui pengurusan serta perancangan yang teratur, sistematik, berkepimpinan dan bijaksana. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua yang terlibat sebagai keluarga seniman dan pemuzik dangdut bagi perancangan 2 tahun akan datang semoga terlaksana dengan jayanya program yang telah dirancang oleh PADMI Pusat atau dipimpin atau dipengerusikan oleh pemimpin yang hebat dan berjiwa besar darah bangsawan Bugis yang terkenal sebagai orang yang berani, cerdas, bertanggung jawab, arif dan bijaksana sehingga keperingkat yang terbaik.
Terima kasih sekali lagi dengan kesungguhan ‘team’ yang sentiasa berusaha sebaik mungkin memelihara serta memastikan PADMI ini hebat dan terus diterima oleh setiap golongan peringkat usia untuk diterima dan nikmati hidangan atau alunan musik dangdut dari hasil karya anak bangsa. Semoga PADMI ini akan menjadi rujukan bagi perkembangan kemajuan industri musik yang bernuansa pariwisata/pelancongan dan kebudayaan di kedua-dua Negara Indonesia – Malaysia khususnya dan keseluruh nusantara amnya.
Melalui pengurusan serta kreativiti yang terbaik dari ‘team’ PADMI, INDONESIA, MALAYSIA, THAILAND, FILIPHIN, TIMOR LESTE, BRUNEI dan SINGAPORE ini akan dapat memastikan setiap input @ kemasukan menepati setiap informasi yang disampaikan adalah benar dan memberi manfaat kepada semua pembaca MAJALAH DUTA WISATA, MAJALAH PADMI dan LINTAS KONSUMEN INDONESIA ( LKI ) sebagai Media Partner PADMI. Justeru, menjadi wacana baru di dalam membuka lembaran gabungan periklanan nusantara bukan sahaja bertujuan perniagaan malah menjalin kerjasama antara setiap perusahaan seperti sebuah keluarga yang bergabung mempertingkatkan kerjasama begitu juga kerjasama di dalam semua bentuk usaha keusahawanan.
Semoga terus maju, sukses dan sentiasa berdaya saing supaya menjadi pilihan utama para penikmat Musik Dangdut, pembaca-pembaca Majalah Duta Wisata, Lintas Konsumen Indonesia untuk memiliki setiap terbitan majalah dan berita online ini. Akhir kata sekapur sireh seulas pinang, semoga bertemu lagi di program PADMI seterusnya.
Salam Sejahtera Buat Kita Semua, Om Swastiastu, Namo Buddhaya, Salam Kebajikan.
NURAZAM BIN SA'RONI
KETUA PADMI PERWAKILAN MELAKA - MALAYSIA